Khidmat urusan daftar lesen & permit syarikat termasuk CIDB, MOF, Petronas, TNB, TM dan SPAN dengan cara mudah, murah dan sah. Pastikan anda tidak tertipu dengan mana-mana ejan yang meminta bayaran deposit dahulu sebelum mendapat apa-apa kelulusan.
DAFTAR LESEN MOF
" Hai! Saya Bala. Syarikat saya membekalkan keperluan pejabat untuk kerajaan. "
Jom!! Daftar Lesen MOF.
Jom!! Daftar Lesen MOF.
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada kesemua syarikat pembekal dan kontraktor seperti kerja-kerja pembinaan, pembuatan, kerja bengkel kenderaan, makanan dan minuman, kerja-kerja pencetakan, teknologi maklumat (IT) dan sebagainya.
Faedah
- Dapat berurus niaga dengan kerajaan berdasarkan kod bidang yang didaftarkan.
- Urusan perolehan lebih mudah melalui sistem e-perolehan
Kelayakan Minima
- Mempunyai syarikat / perniagaan / pertubuhan / koperasi / persatuan / pertubuhan
- Mempunyai modal terkumpul sebanyak RM2,500.00 (Bidang Biasa).
- Mempunyai permis syarikat untuk permohonan Kod Bidang Jenis Pejabat (Sekiranya ada)
Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding
Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada kesemua syarikat firma perunding seperti akauntan, auditor dan sebagainya.
Faedah
- Dapat berurus niaga dengan kerjaan berdasarkan kod bidang yang didaftarkan.
- Urusan perolehan lebih mudah melalui sistem e-perolehan.
Kelayakan Minima
- Firma perunding hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar minimum RM50,000.
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang kakitangan tetap yang dicarum KWSP dengan komposisi berikut: Kakitangan profesional kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah dalam bidang berkaitan, Kakitangan separa profesional berkelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan dan Kakitangan perkeranian
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada syarikat bumiputera yang telah mendaftar Akuan Syarikat atau/dan Akuan Perunding.
Faedah
- Dapat menjalankan urusan perniagaan dengan kerajaan yang dikhaskan kepada syarikat bumiputera.
Kelayakan Minima
- Syarikat hendaklah 100% milikan saham bumiputera atau 51% milikan saham bumiputera.
- Mempunyai sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (Pembekal / Kontraktor) / Firma Perunding
- Mempunyai permis sama ada menyewa atau kepunyaan pemilik
- Mempunyai pekerja yang dicarumkan KWSP